Ahad, 2009 Disember 27

Berita burok bagi perokok



Mulai Jumaat ini harga rokok ditetapkan paling rendah pada harga RM6.40 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan...(klik di sini untuk berita seterusnya)

Kepada perokok-perokok, berita ini sudah tentu menggusarkan mereka semua, mana tidaknya, selama ini apabila Kerajaan mengambil keputusan menaikkan cukai tembakau yang secara tidak langsung, turut menaikkan harga rokok, kebanyakan perokok tegar mengambil keputusan beralih kepada rokok yang harganya lebih murah.

Namun kali ini mereka tidak boleh lagi berbuat demikian, dengan berkuatkuasanya Peraturan Harga Minimum Rokok, para perokok terpaksalah menerima hakikat bahawa tiada lagi harga rokok murah dipasaran.

Munkin segelintir pekedai akan menjual rokok seludup baik dari Indonesia atau dari lain-lain negara, tetapi menjual rokok seludup mempunyai risiko yang tinggi jika ditangkap oleh pihak penguatkuasa.

Oleh itu sebagai jalan mudah, munkin perokok akan beralih kepada rokok pucuk atau di panggil juga rokok daun nipah, selain itu pilihan seterusnya ialah rokok kertas dengan menggunakan tembakau cap ayam atau lain-lain cap.

Yang jelas bagi perokok tegar, merokok tetap di teruskan.........................










Selasa, 2009 Disember 22

'Kontraktor OKU' punca binaan runtuh





Kebanyakan projek berkualiti rendah di Terengganu, sehingga menyebabkan strukturnya runtuh dan retak, didakwa dimajukan oleh "kontraktor OKU (orang kuat Umno)", syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin kerajaan negeri.

Projek tersebut termasuk pembinaan terminal pengangkutan awam bernilai RM4.2 juta di Kuala Berang yang terjejas apabila sebahagian bumbungnya runtuh semalam.

"Kita panggil kontraktor ini kontraktor OKU atau Orang Kuat Umno," kata Presiden Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Mohamad Fauzi Abu Samah.

"Kontraktor ini rapat dengan politik, itulah yang menjadi masalah bila dibuat bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan politik," katanya lagi.

Beliau diminta mengulas insiden struktur bangunan runtuh yang kerap terjadi di negeri itu tahun ini selepas bumbung stadium, yang baru disiapkan dengan harga RM300 juta, ranap awal Jun lepas.

Bumbung sebuah masjid di Kemaman pula yang dilaporkan berharga RM2.1 juta runtuh awal Oktober lalu

Rabu, 2009 Disember 16

Presiden Mahmoud Ahmadinejad dengan kezuhudannya




Gambar itu cermin seribu perkataan. Melihat gambar Presiden Ahamdinejad, saya teringat kisah Rasulullah dan para sahabat besar saperti Saidina 'Umar ibnul Khattab. Didalam kezuhudan mereka, terserlah kehebatan dan keagungan Islam.
Dicelah-celah senjata nuklear Pakistan, mereka tunduk na'am kepada kuffar la'natullah. Diperbaringan permaidani lusuh, terserlah kegerunan musuh Islam terhadap Iran.
Moga ALLAH menganugerahkan kita zuhud dan istiqomah dalam perjuangan Islam.
Wassalam.




Ahad, 2009 Disember 13

Sumpahan Minyak

Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara 'sumpahan minyak' di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

"Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Tengku Razaleigh - bekas naib presiden Umno yang hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden 20 tahun lalu - merupakan antara pengasas penubuhan Petronas pada tahun 70-an.

Menurutnya, Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, "tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.

Katanya, tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Kita melihat simpanan minyak kita sebagai satu kurniaan kekayaan yang akan menghasilkan wang untuk tujuan pemodenan dan teknologi," katanya ketika berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, katanya, berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan.

Menurutnya, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Buku bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time', yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 bilion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.

Pengarangnya, Barry Wain yang juga bekas editor Asian Wall Street Journal, menulis bahawa sebahagian besar skandal itu, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harta timah antarabangsa dan pembabitan Bank Negara dalam pasaran matawang global, pada tahun 1980-an.

Bagaimanapun, ada sesetengah penganalisa yang menyebutkan jumlahnya lebih tinggi daripada itu.

Malahah Time memetik Daniel Lian - seorang pakar ekonomi dari Morgan Stanly di Singapura sebagai berkata, Malaysia mungkin telah kehilangan "sehingga AS$100 bilion" (RM340 juta) sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.

Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.

Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.

Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang 'authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.

Selasa, 2009 Disember 08

Anak siapa ini ?

Berdasarkan gambar dibawah, yang aksinya dirakamkan, adalah gambar anak salah seorang pemimpin hebat umno, siapa dia ? anda boleh kenal sendiri berdasarkan rupanya yang seiras dengan ayahnya, maka bolehlah kita gambarkan bagaimana keadaan keluarga pemimpin Umno secara keseluruhannya.

Mereka sentiasa bergelumang dengan maksiat, sebab itulah duit tak pernah cukup, dapat banyak, nak lagi banyak.............











Isnin, 2009 November 02

Siapa musuh Dr Asri ni .........

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, Keramat dekat sini jam 9 pagi ini atas dakwaan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

Dr Asri ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Ahad malam.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang (KeADILan), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.

Mengulas lanjut penahanan itu, Zuraida kesal dengan sikap pihak JAIS yang bertindak seperti polis dan FRU, tanpa mahu bertolak ansur dan agak kasar terhadap bekas mufti itu.

"Saya kecewa pegawai JAIS seperti orang tak punya ilmu agama. Tiada budi bicara langsung," katanya di sidang media jam 2.00 pagi tadi di rumah yang sama.

Beliau turut menjelaskan kenyataan pihak JAIS yang mendakwa Dr Asri berfahaman 'Wahabi' yang dianggap menyimpang, sedangkan di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Zahid Hamidi telah mengesahkan bahawa fahaman itu tidak sesat.

Kata Zuraida, hairan sikap jabatan agama dan kerajaan, apabila Asri diizinkan berceramah di Perlis tetapi tidak di Selangor.

Dalam sidang yang sama, Saari juga menganggap kegagalan enakmen syariah telah menyebabkan tindakan pihak berkuasa agama bertindak secara terpilih dan bersifat poltik.

Dr Asri selepas dibebaskan sejam kemudian meminta Jabatan Agama membuat semakan dan menilai semula tindakan yang dilakukan ke atas dirinya.

"Cuba beritahu apa kriteria yang dia mahu... nak beri tauliah pada orang?

"Saya bekas Mufti. Ada PHD daripada UIA. Siapa yang buat keputusan untuk beri tauliah ini?

"Jika demikian, mereka telah menghalang orang untuk sampaikan ilmu," katanya dalam sidang media tergempar yang dihadiri oleh pihak media dan para jemaah yang mengikuti kuliahnya.

Katanya, masih ramai pensyarah di bawah seliaan beliau dan IPTA lain yang tidak diberi tauliah, walaupun layak untuk menerimanya sehingga menyebabkan sekatan ke atas mereka untuk menyampaikan ilmu dan kuliah kepada masyarakat.

Dr Asri juga merakamkan penghargaan kepada kedua-dua wakil rakyat PAS dan KeADILan itu, yang mempertahankan dan membela beliau ketika penahanannya tengah malam tadi.

"Ini tidak bermakna saya sertai politik. Mereka telah membantu saya...terima kasih.

"Terima kasih kepada yang menyokong dan pihak media yang membuat liputan," katanya dan sekaligus bersalaman dengan hadirin semua.

Suasana menjadi agak emosi seketika,apabila ada antaranya berpelukan dengan Dr Asri dan menangisi insiden yang tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang tokoh agama.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan dilaporkan berkata polis hanya membantu JAIS dalam operasi itu dan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penahanan bekas mufti Perlis itu.

Khamis, 2009 Oktober 22

Selesaikan segera keserabutan didalam Pas.

Nik Aziz cadang adakan Muktamar Khas bincang isu kepimpinan

Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. - NIK AZIZ


Oleh TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak di zaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri.

Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata.

Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.

Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.

i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.

Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)

Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan.

Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”

Pandangan Saya

Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :

Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah.

Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain.

Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu.

Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.

Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009